fbpx

Pesaka optimis silat ke pentas Olimpik 2028

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ACARA silat mungkin mampu disenaraikan pada Olimpik 2028 sekiranya beberapa perubahan perlembagaan dalam Persilat dapat dilakukan.

IMPIAN rakyat Malaysia untuk menyaksikan acara silat dipertandingkan buat julung kali di temasya Sukan Olimpik mampu direalisasikan menjelang Olim­pik 2028 Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) nanti.

Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, ketika ini Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Persilat) hanya perlu mendapatkan pengiktirafan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terlebih dahulu.

Katanya, IOC hanya meminta Persilat untuk mengubah perlembagaan badan induk sukan untuk menepati syarat ditetapkan sebelum mampu disenarai untuk berada di temasya Sukan Olimpik.

“Menerusi perbincangan sebelum ini, IOC minta supaya Persilat mengubah sedikit perlembagaan kerana di dalamnya masih menyatakan untuk memilih Presiden Persilat hanya dibuat empat buah negara sahaja. Jadi, IOC tidak terima perkara itu.

“Mereka kata, tidak boleh ada satu blok tertentu yang buat keputusan eksekutif. Jadi, itu saja yang kena ubah. Namun, untuk mengubahnya perlu menjalankan kongres dunia. Kongres ini selalunya akan berlangsung seiring dengan Kejuaraan Dunia.

“Sebab itu, Kejohanan Silat Dunia yang berlangsung pada tahun depan di Malaysia perlu diadakan dan tidak boleh ditangguhkan lagi,” katanya baru-baru ini.

Dalam pada itu, Megat meng­akui agak terlewat untuk menyenaraikan sukan silat di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 selepas bimbang gagal mendapat pengiktirafan IOC dan Agensi Anti-Doping Dunia (Wada)

“Menjelang Sukan Olimpik Paris (2024) bagi saya sudah agak lewat walaupun kita mempunyai sebuah persekutuan silat Perancis yang kuat. Kita bimbang tidak sempat mencapai pengiktirafan daripada badan tertentu seperti Wada mahupun ke IOC,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI