fbpx

Pemandu teksi edar syabu dihukum gantung sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. NIZAM (dua dari kiri) ketika diriingi di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor hari ini.

SHAH ALAM – Perbuatan seorang pemandu teksi mengedar dadah jenis syabu seberat 76.43 gram(g), tiga tahun lalu mendapat balasan setimpal apabila dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi, hari ini.

Tertuduh, Mohd. Nizam Idris, 45, turut dijatuhi hukuman penjara selama 18 bulan bagi satu lagi pertuduhan memiliki dadah jenis sama seberat 4.65g.

Hukuman penjara tersebut diarah bermula daripada tarikh tangkap pada 18 Mac 2019.

Hakim Nurulhuda Nur’Aini Mohamad Nor membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Berdasarkan pertuduhan pindahan pertama, tertuduh yang masih bujang didakwa dengan niat bersama telah memiliki dadah disyaki jenis syabu seberat 4.65 gram di tingkat bawah Apartmen Mesra Prima, Jalan Ikan Emas, Hulu Langat pada pukul 3.50 petang, 18 Mac 2019.

Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Mohd. Nizam didakwa dengan niat bersama telah mengedar dadah disyaki jenis syabu seberat 76.43 gram di lokasi, masa dan tarikh yang sama.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI