fbpx

PDRM ucap takziah kepada MB Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Shari (empat kiri) ketika hadir pada Majlis Angkat Sumpah Amiruddin sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, Klang.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan keluarga di atas pemergian bapa tercinta, Allahyarham Shari Mokhsin.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, seluruh warga PDRM mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.

“Kami doakan semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan para syuhada dan orang beriman serta beramal soleh,” katanya dalam kenyataan lewat malam tadi.

Terdahulu, bapa kepada Menteri Besar Selangor, Shari Mokhsin dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.30 petang, semalam.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli berkata, Allahyarham yang berusia 67 tahun itu meninggal dunia disebabkan komplikasi pernafasan.

Katanya, jenazah dikebumikan di Kampung Parit Asam Kumbang, Benut, Pontian, Johor hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI