fbpx

Mayat warga emas terdampar tepi pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat seorang warga emas wanita yang ditemui di Stulang, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Mayat seorang warga emas ditemui terdampar di tepi pantai di Jalan Sultan Ibrahim, Stulang di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan II, Syuhaidy Fazli Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 11.27 pagi.

Katanya, seramai lapan anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba bertindak mengangkat mayat wanita itu dengan memakai pakaian perlindungan diri sebelum mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Mayat berkenaan dikenali sebagai Tham Foong Seong@Ng Siew Leng, 74,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI