MELAKA – Seorang lelaki menemui ajal di hadapan kedai kuih keria selepas motosikal ditunggangi merempuh sebuah kereta di Jalan Limbongan, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang itu, mangsa, Nor Zalik Hassan, 37, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, kemalangan berlaku ketika kereta jenis Proton Iswara terbabit yang dipandu seorang wanita warga China cuba membuat pusingan U di hadapan kedai berkenaan.
“Kereta tersebut dalam perjalanan dari arah jalan pesisir pantai melalui Lorong Hajah Maznah dan selepas keluar simpang, pemandu cuba membuat pusingan U di hadapan kedai kuih keria.
“Bagaimanapun, ketika membuat pusingan, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC tiba-tiba merempuh kenderaan terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Jelasnya, akibat rempuhan itu mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929