fbpx

Lelaki maut motosikal terbabas masuk longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Ipoh- Taiping dekat Kuala Kangsar malam tadi.

KUALA KANGSAR: Seorang lelaki warga Bangladesh maut setelah motosikal ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas masuk ke dalam longkang di Kilometer 52, Jalan Ipoh-Taiping di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.05 tengah malam itu, mangsa, Md. Oasim Uddin, 25, yang bekerja sebagai pembantu kedai runcit parah dan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda dalam perjalanan dari pekan Kuala Kangsar menuju arah Padang Rengas.

Katanya, sampai di lokasi nahas, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sendiri melanggar batu penghadang kiri jalan sebelum terjatuh ke dalam longkang di bahu kiri jalan.

“Mangsa yang jatuh ke dalam longkang bersama motosikalnya parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI