IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak berjaya merampas 90 tong gas petroleum cecair (LPG) dianggarkan bernilai RM8,248.80 dalam serbuan di kawasan perumahan di Tapah hari ini.
Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, Dottie Azlina Ismail berkata, tong gas yang disimpan di tempat yang tidak dilesenkan itu ditemui dalam serbuan pada pukul 6 pagi.
Menurut beliau, pemeriksaan ke atas lori muatan LPG yang diletakkan di parkir di kawasan perumahan itu dijalankan hasil risikan dan maklumat awam.
“Hasil pemeriksaan mendapati pemandu lori itu gagal mengemukakan lesen berniaga runcit barang kawalan (CSA) LPG di atas pendaftaran syarikat yang dijalankan.
“Malah, siasatan lanjut juga mendapati bekalan barang kawalan LPG itu perolehi daripada pembekal dari luar Perak,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.
Seorang lelaki berusia 36 tahun yang mengaku sebagai pemandu lori berkenaan turut berada di premis semasa serbuan dilakukan. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929