KUALA LUMPUR – Sebanyak 228 kes berkaitan isu halal dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) setakat Ogos lalu.
Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, kes yang dikendalikan dibawah Akta Perihal Dagangan 2011 itu melibatkan nilai rampasan sebanyak RM11,616,040.
“Kementerian sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama negeri dalam menguatkuasakan isu berkaitan halal berdasarkan perundangan Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berhubung jumlah kes pelanggaran status makanan serta produk halal sama ada import dari luar negara atau keluaran dalam negara.
Terdahulu, Rosol berkata, melalui Akta Perihal Dagangan 2011, KPDNHEP melakukan pemeriksaan terhadap penggunaan logo halal sama ada tulen atau tidak dan pemeriksaan berkaitan produk halal.
Menurut beliau, sijil halal dikeluarkan Jakim, manakala pihaknya cuma menguatkuasakan penggunaan dan penandaan logo halal sahaja.
Kata beliau, selain penguatkuasaan yang dilakukan secara berkala, KPDNHEP dan Jakim turut mengadakan program kesedaran kepada pengguna dan pelajar mengenai halal.
Jelasnya, KPDNHEP dan Jakim turut menjalankan pemeriksaan secara berkala di tempat penyembelihan, kilang memperoses dan premis-premis makanan. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929