fbpx

[KEMASKINI]Pemancing lemas tiada kaitan dentuman kapal korek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN penyelamat mengangkat mayat salah seorang pemancing yang ditemui lemas dalam kejadian di Jeti Mados, Kampung Air Putih, Kota Tinggi, Johor hari ini.

JOHOR BAHRU – Polis menafikan kejadian membabitkan dua pemancing yang lemas di Jeti mados Sungai Redan, Ulu Tiram, di sini kelmarin mempunyai kaitan dengan bunyi dentuman kuat dari sebuah kapal korek.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, hasil siasatan mendapati tiada pelanggaran antara bot dinaiki dua pemancing berkenaan dengan kapal korek terbabit.

Katanya, Balai Polis Ulu Tiram telah terima maklumat daripada pengusaha kapal korek pasir di jeti itu memaklumkan terdengar bunyi dentuman kuat dari arah bawah kapal berkenaan.

“Bunyi dentuman itu tidak ada kaitan dengan bot tersebut walaupun didapati ada sebuah bot awam berada berhampiran dengan sebuah kapal korek pasir.

“Siasatan mendapati bot tersebut terapung dalam sungai dalam keadaan baik namun dua pemancing lelaki berkenaan tidak kelihatan dalam bot itu dan disyaki telah jatuh dan lemas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan dua pemancing dikhuatiri lemas selepas hanya bot dinaiki sahaja yang ditemui di Jeti Mados, Kampung Air Putih di sini malam kelmarin ditemui meninggal dunia akibat lemas, pagi ini.

Mayat pertama iaitu mangsa dikenali sebagai Ramdan Sulaiman, 50, ditemui pada pukul 7.10 pagi kira-kira lima kilometer (km) dari jeti, manakala rakannya pula, Amirrudin Abdul Malik, 53, dijumpai pada pukul 8.03 pagi kira-kira 200 meter dari lokasi mereka dilaporkan hilang.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI