fbpx

‘Kalender Slam’ Laver mampu diulangi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FEDERER mengakui pencapaian Laver yang meraih ‘Kalender Slam’ mampu diulangi biarpun ia sukar kerana faktor tekanan tinggi. – AFP

BASEL – Bekas pemain No. 1 dunia, Roger Federer mengakui peluang untuk menjulang empat trofi Grand Slam dalam tempoh setahun yang turut dikenali sebagai ‘Kalendar Slam’ bukanlah perkara yang mustahil dan tetap berpotensi untuk dilakukan pada masa akan datang.

Sebagai rekod, impian pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic untuk menjadi pemain pertama sejak atlet tenis legenda, Rod Laver melakukan ‘Kalendar Slam’ pada 1969 tidak kesampaian selepas tewas pada final Terbuka Amerika Syarikat (AS) awal bulan ini.

Kata Federer, kekalahan Djo­kovic itu seperti sudah dijangka meskipun dia berjaya menjuarai tiga trofi Grand Slam tahun ini kerana tekanan untuk melengkapkan ‘Kalendar Slam’ sangat tinggi dan dalam masa yang sama turut memerlukan tuah.

“Saya percaya rekod Laver menjuarai ‘Kalendar Slam’ boleh berulang semula dan anda boleh lihat bagaimana saya, Djokovic dan Rafael Nadal hampir untuk melakukannya pada masa lepas tetapi seringkali gagal atas faktor tekanan.

“Namun, saya turut percaya ada beberapa perkara lain yang memainkan peranan seperti tuah tetapi apa yang Djokovic lakukan sepanjang tahun ini sa­ngat luar biasa dan wajar mendapat pujian walaupun tewas pada final Terbuka AS yang lepas,” katanya.

Sementara itu, Federer yang kini berusia 40 tahun mengesahkan kecederaan lutut yang dialami sebelum ini sudah ber­ansur pulih tetapi masih belum boleh untuk turun ke gelanggang kerana perlu menjalani proses pemulihan.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, saingan musim 2021 saya sudah berakhir susulan kecederaan lutut yang dialami selepas mengharungi Kejuaraan Wimbledon yang lepas. Namun, saya percaya tahap kesihatan saya semakin baik dan tidak sabar untuk kembali bersaing tahun depan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI