fbpx

Harga ayam turun RM8.50 sekilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA penguat kuasa KPDNHEP Terengganu sedang memeriksa harga ayam di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu semalam.

PETALING JAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu dan Pulau Pinang mahu harga jualan ayam segar di negeri itu turun sehingga RM8.50 sekilogram (kg).

Usaha menurunkan harga itu hasil libat urus di peringkat rantaian pembekalan ayam hingga ke pasar basah.

Sebelum ini harga ayam stan­dard di beberapa negeri telah mencecah RM10 kg sehingga menggusarkan pengguna terutama yang membeli di pasar basah.

Di Terengganu, Pengarahnya, Saharuddin Mohd. Kia berkata, pihaknya telah memberi notis arahan kepada 33 pemborong dan peniaga ayam segar agar menurunkan harga antara RM8.50 hingga RM9.50.

“Pemborong dan peruncit yang menerima notis terbabit akur untuk menurunkan harga jualan masing-masing,” jelasnya semalam.

Ujarnya, arahan menurunkan harga itu diberikan terhadap dua pemborong dan 31 peniaga ayam segar di seluruh Terengganu.

Dalam perkembangan sama, Saharuddin berkata, sebelum ini, KPDNHEP negeri telah mengeluarkan 47 notis pengesahan maklumat barangan kepada pemborong dan peruncit terlibat berikutan kenaikan mendadak harga ayam segar sejak awal bulan ini.

Sementara itu di Pulau Pinang, Pengarah KPDNHEP negeri, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar berkata, harga ayam segar di negeri itu turun kepada RM9.50 sekilogram selepas dijual mencecah RM10.30 sekilogram baru-baru ini.

“Hasil perbincangan di semua peringkat, harga ayam di seluruh negeri ini telah menunjukkan penurunan.

“Ia selaras dengan komitmen kementerian dan penternak serta pemborong supaya peruncit boleh menjual ayam pada harga RM9.50 kg di pasar awam,” kata­nya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mohd. Ridzuan berkata, pihaknya telah mengeluarkan 49 notis kepada penternak, pemborong dan peniaga berhubung isu sama membabitkan 37 keping Notis Pengesahan Maklumat Barangan/Perkhidmatan dan 12 lagi Notis Bertulis.

Kosmo! baru-baru ini melaporkan ayam segar yang dijual di pasar basah dijual dengan harga lebih RM10 kg disebabkan alasan beberapa faktor termasuk harga dedak yang mahal. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI