fbpx

Empangan Mengkuang dibuka semula esok dengan SOP lebih ketat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empangan Mengkuang di Bukit Mertajam dibuka semula esok bagi tujuan rekreasi.

SEBERANG PERAI – Selepas ditutup selama seminggu bermula 15 September lalu, Empangan Mengkuang di Bukit Mertajam, di sini akan dibuka semula esok sebagai kawasan rekreasi hijau dengan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Datuk Ir. Jaseni Maidinsa dalam satu kenyataan hari ini berkata, hanya pengunjung yang telah lengkap divaksin dan melepasi tempoh 14 hari dengan status ‘selamat’ dalam aplikasi MySejahtera akan dibenarkan memasuki kawasan itu.

Katanya, selain Empangan Mengkuang, arahan sama juga terpakai untuk kemasukan orang awam ke Empangan Air Itam, Empangan Teluk Bahang dan Taman Bukit Dumbar di bahagian pulau.

Tambahnya, jumlah pengunjung akan dihadkan kepada sekitar 350 orang di Empangan Mengkuang dan 200 orang di tiga lokasi lain pada satu-satu masa bagi memudahkan pemantauan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI