fbpx

Dua individu hilang, bot dinaiki karam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki dan kanak-kanak dilaporkan hilang selepas bot dinaiki karam dalam kejadian di Kampung Kalandos Pangi petang tadi. -Foto: Ihsan Bomba

TENOM – Seorang lelaki dan kanak-kanak dilaporkan hilang selepas bot dinaiki karam dalam kejadian di Kampung Kalandos Pangi petang tadi.

Dalam kejadian pukul 4 petang itu, kedua-dua mangsa berusia 10 dan 50 tahun berkenaan dipercayai menaiki bot berkenaan bersama dua lagi mangsa lain yang terselamat di Sungai Padas selepas membeli barangan keperluan di Pekan Tenom.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah berkata, bagaimanapun bot dinaiki dikatakan tiba-tiba terbalik disebabkan arus deras sebaik cuba menyeberangi sungai.

“Kita menerima panggilan kecemasan pada jam 4.13 petang sebelum sepasukan tiga anggota dan pegawai dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi mencari mangsa.

“Sewaktu kejadian, bot sudah menghampiri tebing sungai namun tiba-tiba terbalik kerana arus sungai deras.

“Dua mangsa iaitu lelaki warga emas dan seorang wanita berjaya menyelamatkan diri manakala dua lagi mangsa hanyut dibawa arus deras,” katanya dalam kenyataan media hari ini. – K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI