DUNGUN – Jabatan Perhutanan Terengganu mematahkan cubaan memindahkan 10 tual kayu balak pelbagai saiz dan spesies yang dipercayai ditebang secara haram di Hutan Simpan Rasau di sini pada Ahad lalu.
Hasil hutan terbabit yang bernilai dianggarkan bernilai keseluruhan lebih RM65,000 dipercayai dicuri dari Kompartmen 14 Kerteh di hutan simpan berkenaan pada pukul 9 pagi.
Pengarah Perhutanan Terengganu, Roslan Rani berkata, serbuan menjumpai sebuah jentera berat, iaitu excavator jenis Hitachi ex200 berwarna oren tanpa pemilik berhampiran tual-tual kayu yang disita.
“Berdasarkan siasatan awal, kita percaya jentera berat tersebut digunakan untuk mengangkut kesemua hasil hutan yang dilonggokkan bersebelahan.
“Pemeriksaan lanjut turut menjumpai 15 tunggul yang berpadanan dengan tual kayu yang ditemui,” katanya kepada di sini hari ini.
Roslan berkata, berdasarkan jumlah hasil hutan ditemui, pihaknya percaya kerja- kerja haram tersebut dilakukan secara berkumpulan kesemua hasil hutan itu baharu sahaja ditebang. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929