fbpx

Covid-19 semakin mudah disebar melalui udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemakaian pelitup muka yang betul selain mendapatkan suntikan vaksinasi adalah penting untuk mengekang penularan virus Covid-19. - Pixabay

ANNAPOLIS, MARYLAND – Satu kajian menunjukkan bahawa varian SARS-CoV-2 atau Covid-19 semakin mudah merebak melalui udara, lapor portal berita Wion News semalam.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai disaran memakai pelitup muka yang lebih ketat selain memastikan pengaliran udara yang baik serta mendapatkan suntikan vaksinasi.

Kajian yang diketuai sekumpulan penyelidik dari Universiti Maryland di Amerika Syarikat itu mendapati mereka yang dijangkiti varian SARS-CoV-2 menghembuskan nafas yang mengandungi virus.

Sementara bagi mereka yang dijangkiti dengan varian Alpha pula menghembuskan nafas yang mengandungi virus antara 43 hingga 100 kali lebih banyak berbanding yang dijangkiti virus strain asal.

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Clinical Infectious Diseases itu turut mendapati bahawa kain pelitup muka yang longgar dan topeng pembedahan mengurangkan jumlah virus yang berada di udara kira-kira separuh daripadanya.

“Kajian terbaharu kami menunjukkan bukti lebih lanjut mengenai penularan melalui udara.

“Ia menunjukkan bahawa varian semakin menular melalui udara dan kita harus memberikan pengudaraan yang lebih baik serta memakai pelitup muka yang sesuai selain mendapatkan suntikan vaksinasi bagi membantu menghentikan penyebaran virus ini,” kata profesor di Fakulti Kesihatan Awam Universiti Maryland, Don Milton.

Topeng pelitup muka mengurangkan zarah virus secara signifikan di udara. Bagaimanapun, kain pelindung dan topeng pembedahan yang longgar tidak menghalang virus yang dihembus oleh individu berjangkit daripada masuk ke udara.

“Covid-19 boleh berada dalam udara yang disedut dan pemakaian pelitup muka dapat mengelakkannya daripada dihembus kepada orang lain,” kata penulis bersama kajian itu, Jennifer German. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI