fbpx

Benar Lesti hamil, Rizky Billar akhirnya mengaku sudah bernikah awal tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lesti dan Rizky akhirnya membongkarkan rahsia bahawa mereka sebenarnya sudah berkahwin sejak awal tahun ini dan kini Lesti sedang hamil tiga bulan.

JAKARTA – Selepas diasak dengan dakwaan hamil luar nikah, penyanyi seberang, Lesti Kejora dan suami, Rizky Billar akhirnya membongkarkan rahsia bahwa mereka sebenarnya sudah berkahwin sejak awal tahun ini.

Menerusi satu tayangan eksklusif berjudul ‘The Secret of Leslar’ semalam, Lesti mengakui bahawa mereka berdua telah bernikah secara senyap-senyap pada awal tahun ini bagi mengelakkan fitnah.

“Atas saranan keluarga juga, akhirnya kami memutuskan untuk bernikah dalam majlis secara sederhana yang dihadiri keluarga terdekat pada awal tahun ini,” ujar Rizky yang juga seorang pelakon.

Dalam pengumuman tersebut, mereka turut menyiarkan rakaman akad nikah yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh kedua-dua ibu bapa pasangan pengantin serta beberapa kenalan dalam kalangan rakan-rakan artis seperti Rey Mbayang dan Dinda Hauw.

Ujar pasangan itu, keputusan bernikah awal dibuat bagi mengelak terjerat fitnah memandangkan mereka berdua sering ke mana-mana bersama.

Dalam pada itu, Lesti juga mengaku bahawa dia kini sedang hamil tiga bulan dan sedang menunggu kelahiran anak sulungnya bersama Rizky.

“Benar, saya kini hamil tiga bulan dan sedang menunggu kelahiran anak sulung kami,” ujar Lesti.

Terdahulu, Lesti dan Rizky telah mengadakan sebuah majlis ‘pernikahan’ penuh gilang-gemilang pada 19 Ogos lalu di Hotel Intercontinental, Pondok Indah, Jakarta Selatan.

Bagaimanapun, selepas beberapa hari berkahwin, timbul khabar angin mengatakan bahawa Lesti telah hamil sebelum bernikah kerana tular beberapa keping gambar menampakkan bentuk ‘baby bump’ pada perutnya ketika acara tradisi ‘bersiram’ oleh pengantin perempuan.

Namun tuduhan tersebut pada awalnya disangkal suaminya dan berkata bahawa kenyataan tersebut adalah tidak benar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI