fbpx

Bekas banduan terduduk dapat tahu ibu, kakak meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video memaparkan lelaki tersebut menangis di kubur ibu dan kakaknya.

PETALING JAYA – Reaksi seorang lelaki yang didakwa baru sahaja keluar daripada penjara terduduk di pusara ibu serta kakaknya tular di media sosial hari ini.

Menerusi rakaman yang dikongsi di laman TikTok kakak pemuda itu, memaparkan lelaki tersebut dibawa ke sebuah tanah perkuburan sebelum dimaklumkan bahawa pusara yang berada bersebelahan dengan lelaki itu adalah kubur ibunya yang baru sahaja tiga bulan meninggal dunia.

Lelaki berkenaan kemudian dilihat terkejut sebelum terus terduduk sambil menangis dan memeluk batu nisan di kubur tersebut.

Lebih menyayat hati, perakam video berkenaan yang dipercayai merupakan kakak kepada lelaki itu kemudian membawa pemuda itu ke sebuah lagi kubur dan memaklumkan itu adalah kubur kakak mereka yang juga telah meninggal dunia kira-kira 10 hari lalu.

Rakaman menyentuh hati itu membuatkan ramai pengguna media sosial berasa simpati selain turut mempersoalkan adakah pihak penjara tidak memaklumkan mengenai kematian ahli keluarga lelaki terbabit sewaktu menjalani hukuman penjara.

“Bertabahlah adik, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Faham, berat menanggung rindu yang tiada berpenghujung. Banyakkan berdoa buat kedua-dua arwah. Sekarang hanya fikirkan apa yang terbaik untuk teruskan hidup,” kata Lily Nawi.

“Enam bulan di penjara cukup lama untuk dia. Suasana tak seperti kita yang bebas di luar. Siapa kita nak menghakimi dia. Mungkin dia dah berubah dari kesilapan,” kata Zaskia.

“Takkanlah pihak penjara tak bagitahu mak dia meninggal? Walau dalam tahanan berasingan pun pihak penjara memang akan bagitahu jika berlaku kematian ahli keluarga,” kata Amirul.

“Eloklah pihak penjara tak bagitahu, kalau bagitahu semasa dalam tahanan boleh murung, tekanan perasaan dalam tu,” kata Dasuki.

Video tersebut setakat ini telah mendapat lebih 100,000 ribu tontonan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI