fbpx

Apple bangunkan teknologi kesan depresi, autisme, Alzheimer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerjasama yang dilaporkan dengan Universiti Duke adalah menggunakan kamera iPhone untuk memerhatikan tingkah laku fizikal kanak-kanak dan membantu mengesan autisme. - Getty Images

WASHINGTON – Syarikat gergasi teknologi, Apple Inc. dilaporkan sedang membangunkan perisian baharu dalam teknologi gajetnya yang mampu mengesan masalah tekanan perasaan, kegelisahan, autisme dan Alzheimer, lapor akhbar New York Post, semalam.

Ciri-ciri kemerosotan dan penurunan kognitif yang dilaporkan akan menggunakan data peribadi yang dikumpulkan oleh sensor pada peranti Apple seperti iPhone dan Apple Watches. 

Ia termasuk maklumat berkaitan corak tidur pengguna, aktiviti fizikal, tingkah laku menaip dan banyak lagi.

Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti perisian itu bersama para penyelidik dari University California, Los Angeles.

Gergasi teknologi itu juga bekerjasama dengan syarikat farmaseutikal Biogen Inc. yang sedang menjalankan kajian mengenai penurunan kognitif dalam penyakit Alzheimer.

Kerjasama ketiga yang dilaporkan dalam pembangunan perisian itu adalah dengan Universiti Duke iaitu menggunakan kamera iPhone untuk memerhatikan tingkah laku fizikal anak-anak dan membantu mengesan autisme.

Projek tersebut dilaporkan masih berada di tahap penyelidikan awal dan belum ada sebarang pengesahan sama ada produk akhirnya akan diperkenalkan kepada umum atau tidak.

Sehingga kini, Apple belum memberi sebarang kenyataan atau komen mengenai laporan yang dibuat oleh portal Wall Street Journal itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI