fbpx

Akta Penagih Dadah 1983 akan diganti undang-undang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri sedia menggantikan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang dianggap sudah lama serta perlu disesuaikan situasi semasa.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia bakal digantikan dengan undang-undang baharu dikenali sebagai Akta Penyalahgunaan Dadah dan Substan (Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan).

Katanya, kementeriannya dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sudah menyediakan draf rang undang-undang tersebut untuk dibentangkan di Parlimen dalam masa terdekat.

“Sebelum bentang, kita akan memperuntukkan waktu yang cukup untuk diadakan sesi libat urus bagi mendapatkan maklum balas lebih menyeluruh daripada semua pemegang taruh,” katanya di sini hari ini ini – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI