fbpx

881,978 pekerja sektor pembuatan lengkap vaksinasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKERJA sektor perindustrian di Negeri Sembilan menerima suntikan vaksin Covid-19 di PPV PIKAS D’Cattleya, Senawang baru-baru ini. - FOTO MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

KUALA LUMPUR – Seramai 881,978 pekerja sektor pembuatan di seluruh negara telah lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam Swasta (PIKAS) sehingga 20 September lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, secara keseluruhan seramai 1.04 juta pekerja sektor tersebut yang telah diberi temu janji untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Menurut beliau, ia antara usaha memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja sektor tersebut serta kelangsungan operasi perkhidmatan perlu dan kritikal termasuk elektrikal dan elektronik, peranti perubatan, farmaseutikal serta makanan dan minuman.

“Setakat 20 September lalu seramai 1.04 juta pekerja telah diberi temu janji dengan 988,496 pekerja telah diberi dos pertama, manakala 881,978 pekerja telah mendapat imunisasi penuh.

“MITI juga telah melaksanakan program “Safe At Work” untuk membolehkan sektor pembuatan terus beroperasi berpandukan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dan dalam gelembung perjalanan dari tempat tinggal ke tempat kerja,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Azmin berkata, sebagai langkah tambahan, saringan Covid-19 setiap dua minggu diwajibkan selaras dengan hasrat negara mencapai piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tambah beliau, MITI turut mengadakan libat urus dengan persatuan industri dan dewan perniagaan tempatan mahupun asing bagi mendapatkan pandangan dan penjelasan mengenai SOP sektor pembuatan.

Jelas beliau, usaha itu bagi menjamin ekonomi kekal berdaya saing dan memastikan rantaian bekalan tidak terencat dan pelaburan tidak terjejas. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI