PUTRAJAYA – Kerajaan menyasarkan 80 peratus daripada 3.2 juta remaja berusia 12 hingga 17 tahun lengkap menerima dua dos vaksin menjelang hujung Disember depan.
Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, sekurang-kurangnya 60 peratus remaja di seluruh negara juga dijangka mendapat satu dos sekitar November kelak.
“Sehingga 21 September, seramai 410,489 remaja telah terima dos pertama,” katanya pada sidang akhbar khas Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di sini hari ini.
Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr. Mah Hang Soon.
Pelancaran PICK Remaja peringkat kebangsaan bermula pada Isnin lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 8(1) yang bertindak sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sekolah yang sementara.
PICK Remaja telah dimulakan awal di Sarawak, Labuan, Sabah, Kelantan, Johor dan Kedah.
Setakat semalam, Sabah merekodkan bilangan penerima tertinggi iaitu 140,890 remaja diikuti Sarawak (85,291), Kedah (31,294), Kelantan (17,413), Johor (27,936) dan Labuan (2,515). – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929