fbpx

73 peratus pelajar IPT sudah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kadar vaksinasi bagi pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara mencapai tahap 73 peratus hari ini.

Menurut Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, ia merupakan yang pencapaian lebih baik berbanding 66 peratus pada 14 September lalu.

Menurutnya, bagi kakitangan IPT pula, kadar vaksinasi berada pada tahap 91 peratus.

“Saya melihat perkembangan ini sangat baik dalam usaha kita untuk mencapai sasaran 100 peratus pelajar dan kakitangan IPT yang divaksinasi menjelang akhir Oktober nanti.

“Terima kasih semua yang bertungkus lumus dalam usaha bagi membentuk persekitaran selamat dan imuniti kelompok di kampus,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI