fbpx

6 lelaki diberkas kes tipu pelaburan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesemua lelaki tersebut diberkas ketika serbuan JSJK di sebuah pangsapuri di Cheras, dekat sini semalam.

KUALA LUMPUR – Enam lelaki termasuk seorang warga tempatan diberkas semalam selepas disyaki terlibat dalam kes penipuan pelaburan online yang menyasarkan warga China.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Superintendan Tan Poh Cheok berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya menyerbu sebuah pangsapuri di Cheras yang disyaki dijadikan markas kegiatan penipuan pelaburan.

“Lima lelaki warga asing dan seorang lelaki tempatan berusia 20 hingga 23 tahun ditangkap. Turut dirampas enam unit komputer riba dan 12 unit telefon bimbit,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Siasatan awal mendapati sindiket mula beroperasi sejak bulan ini  dan menyasarkan mangsa dari China.

Orang ramai diingatkan agar jangan mudah terpedaya dengan sebarang bentuk skim pelaburan secara dalam talian.

Sebarang jenayah atau pun aktiviti yang mencurigakan, hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/ 0585 atau mana-mana balai polis yang berdekatan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI