fbpx

TFC II tumpas, berpuas hati tangga ketiga Liga Premier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Kelantan United meraikan jaringan Mohamad Hakim Ismail (kiri) ketika bertemu Terengganu FC (TFC) II di Kuala Terengganu, sebentar tadi.

KUALA TERENGGANU – Terengganu FC (TFC) II menutup kempen Liga Premier dengan hambar apabila tewas mengejut 0-1 kepada Kelantan United di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan TFC II terpaksa berpuas hati menamatkan kempen musim ini di tangga ketiga dengan 35 mata, di belakang Sarawak United dan juara Liga Premier, Negeri Sembilan yang masing-masing mengumpul 38 dan 41 mata.

Turun selaku pelawat, TFC II bermula baik menerusi percubaan Jordan Mintah dari dalam kotak penalti pada minit ketujuh sebelum sepakan percumanya terkena tiang lima minit kemudian.

Kesempatan itu diambil Mohamad Hakim Ismail yang memanfaatkan situasi kelam-kabut berpunca sepakan sudut Amirul Shafik Che Soh meledak gol tunggal kemenangan Kelantan United pada minit ke-20.

Tersentak dengan jaringan itu, TFC II meningkatkan serangan menerusi tandukan Mintah namun berjaya ditepis penjaga gol lawan, Mohamad Fikri Che Soh pada minit ke-24.

Bersambung babak kedua penjaga gol Kelantan United itu terus cemerlang apabila menafikan tandukan Masaki Watanabe pada minit ke-51 disusuli rembatan Mintah pada minit ke-57.

Mohamad Fikri memastikan Kelantan United pulang dengan tiga mata selepas menepis sepakan kencang Mintah (m-67) untuk kedudukan 1-0 kekal sehingga wisel penamat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI