PETALING JAYA – Seluruh dunia akan mengalami fenomena Ekuinoks iaitu keadaan apabila matahari berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa dalam tempoh sehari bermula pukul 3.21 pagi, Khamis ini.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dalam satu kenyataan akhbar berkata, dalam tempoh tersebut seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu masing-masing selama 12 jam.
“Bagi kawasan yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa seperti di Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador akan mengalami peristiwa tengah hari tanpa bayang.
“Ini kerana matahari akan berada betul-betul tegak di atas kepala pada waktu tengah hari di kawasan-kawasan tersebut semasa berlakunya Ekuinoks,” katanya menerusi laman Twitter hari ini. – K! ONLINE