fbpx

Tekad keluar kepompong kemiskinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. RADZI memeriksa cendawan ditanam menggunakan kaedah i-Mistroom yang diusahakan di Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau semalam.

PARIT BUNTAR – Kecekalan seorang nelayan di Kampung Raja Bashah, Kuala Kurau di sini yang ingin keluar daripada kepompong kemiskinan boleh dicontohi apabila mengusahakan penanaman cendawan yang kini memberi pulangan lumayan.

Mohd. Radzi Said, 51, berkata, beliau menceburi tanaman cen­dawan menggunakan kaedah penanaman sistem rumah cen­dawan pintar (i-Mistroom) setelah diperkenalkan oleh pensyarah kanan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang, Dr. Hamid Yusoff beberapa bulan lalu.

Bermodalkan wang RM24,000 hasil pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), beliau membina sendiri rumah cendawan pintar bersebelahan kediamannya.

Dia turut dibantu Jabatan Pertanian negeri yang menyumbangkan bongkah cendawan dan rak tanaman selain bimbingan pertubuhan bukan kerajaan, Sahabat Alam Lestari Parit Buntar dan kumpulan penyelidik SIG Admech UiTM Pulau Pinang.

“Saya mulakan dengan 6,000 bongkah cendawan tiram kelabu dan tiram putih melalui kaedah i-Mistroom pada Julai lalu.

“Hasilnya amat memberangsangkan apabila tuaian bulan pertama sebanyak RM4,200, manakala permintaan cendawan ini sangat tinggi di pasaran,” katanya.

Purata sehari tuaian cen­dawan adalah sebanyak 15 kilogram (kg) dengan harga jualan RM12 setiap kg.

Kata Mohd. Radzi, dia memasarkan hasil cendawan itu secara dalam talian menggunakan platform media sosial, manakala pesanan yang diterima tidak ­putus-putus.

“Bagaimanapun, saya masih lagi turun ke laut sebagai nelayan kerana ini hanyalah usaha sam­pingan bagi menambah pendapatan keluarga.

“Kini, saya berhasrat untuk mengembangkan usaha ini de­ngan mempelbagaikan produk sampingan lain berasaskan cen­dawan pula,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI