fbpx

Solskjaer belum terbayang gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE GEA (tengah) muncul wira United apabila menyelamatkan sepakan penalti Noble pada saat akhir untuk mereka meraih kemenangan 2-1 ke atas West Ham United kelmarin. – AFP

LONDON – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer enggan bercakap mengenai peluang pasukannya memburu kejuaraan musim ini biarpun berjaya meraih tiga mata ketika menewaskan West Ham United 2-1 kelmarin.

Sambil berjenaka, pengurus dari Norway itu mengakui beliau hampir kehilangan jawatannya jika United gagal meraih kemenangan dalam aksi penuh dramatik tersebut selepas kecewa de­ngan kekalahan pada aksi pertama Liga Juara-Juara pertengahan minggu lalu.

Cristiano Ronaldo dan Jesse Lingard berjaya meledak dua gol berkenaan, namun wira sebenar United adalah David De Gea yang menyelamatkan sepakan penalti Mark Noble pada saat akhir untuk United mengekalkan kelebihan.

Kejayaan itu menyaksikan United berjaya meraih empat kemenangan dalam lima perlawanan sambil masih mengekalkan rekod bersih tanpa kalah sekali gus memberikan harapan kepada para peminat mereka untuk memburu kejua­raan musim ini.

“Saya tidak akan menjawab soalan itu kerana kami baru mengharungi lima perlawanan. Beberapa hari lalu ramai yang bercakap mengenai masa depan saya di kelab ini dan saya hampir kehilangan jawatan saya di sini.

“Kami layak untuk meraih tiga mata. Di sini bukanlah tempat yang mudah untuk kami menang. Saya berharap kemenangan ini dan memberikan sedikit perbezaan. Soal gelaran, mungkin kita akan lihatnya pada April atau Mei tahun hadapan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI