fbpx

Saksi diminta hadir perbicaraan kes bunuh seorang lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua individu ini diminta tampil untuk kelancaran proses perbicaraan di mahkamah.

KAJANG – Polis meminta dua lelaki yang juga saksi agar hadir ke mahkamah untuk melancarkan proses perbicaraan
berhubung kes pukul dan bakar seorang lelaki hingga menyebabkan kematian dua tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, individu pertama dikenali Rusdin Razali berusia 23 tahun dan alamat terakhir di No D-2-6 Taman Harmoni Indah 2, Taman Harmoni Indah, Balakong.

“Manakala individu kedua pula dikenali Mohd. Saiful Anuar Yaccob berumur 39 tahun dengan alamat terakhir di No 8-2 Pangsapuri Sri Kota, Bandar Tun Razak, Cheras,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pada 9 Februari 2019 lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Serdang berkenaan seorang lelaki tempatan yang parah akibat dipukul dan dibakar.

“Pesakit kemudiannya telah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami. Polis berjaya memberkas suspek yang terlibat dan telah dituduh di Mahkamah,” ujarnya.

Katanya, pihak polis memerlukan bantuan orang ramai bagi mengesan penama berkenaan untuk tampil ke perbicaraan yang akan bersidang pada 23 hingga 24 September 2021 dan 11 hingga 12 Oktober 2021.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan penama tersebut agar menyalurkan maklumat kepada polis atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Vekram Sinnaiah di talian 019-4737108. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI