fbpx

Pengurus besar direman isu rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pengurus besar sebuah syarikat pengeluar kereta ditahan reman selama enam hari kerana dipercayai menerima rasuah bernilai ratusan ribu ringgit daripada syarikat kereta terpakai. - Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Seorang pengurus besar sebuah syarikat pengeluar kereta direman enam hari kerana dipercayai menerima rasuah bernilai ratusan ribu ringgit daripada syarikat kereta terpakai.

Ia sebagai balasan membantu memperoleh kereta untuk dijual di bawah harga pasaran dan tidak mengikut prosedur.

Perintah reman sehingga 26 September depan tersebut dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret di sini selepas pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan hari ini.

Sumber berkata, kegiatan dipercayai dilakukan sejak 2019 itu tidak melalui proses penjualan yang diluluskan dan dianggarkan nilai kerugian mencecah jutaan ringgit dengan penjualan kira-kira 1,000 unit kereta.

Difahamkan, kereta ‘pre production’ yang dijual tersebut dikhaskan untuk kegunaan di kilang pengeluar bagi tujuan ujian dan kawalan kualiti sebelum pengeluaran sebenar kereta model tersebut dijual di pasaran.

Menurut sumber, selain itu, terdapat juga kereta-kereta ‘trade-in’ daripada pelanggan yang membeli kereta baharu daripada syarikat pengeluar kereta tersebut turut dijual kepada syarikat kereta terpakai terlibat.

Berikutan itu, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 16 ASPRM 2009.

Terdahulu, suspek lelaki tersebut dibawa ke mahkamah serta diiringi oleh pegawai SPRM bagi permohonan perintah reman tersebut hari ini. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI