fbpx

Pemuda ‘perkosa’ dua lelaki lain dipenjara 14 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Goodey merogol mangsa sebelum memeras ugut mereka untuk memberikannya wang. – Polis Met

LONDON – Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 14 tahun selepas didapati bersalah merogol dua lelaki lain sebelum bertindak merompak mangsa, lapor akhbar Mirrok UK semalam.

Aaron Goodey, 23, yang berasal dari utara London berkenalan dengan kedua- dua mangsa menerusi aplikasi janji temu, Grindr sebelum berjumpa  mereka di kediaman masing-masing.

Goodey dilaporkan merogol mangsanya sebelum memaksa mereka mengeluarkan wang tunai daripada  mesin pengeluaran wang dan  mengancam untuk terus melakukan serangan ke atas mangsa.

Berdasarkan siasatan, tertuduh turut dikaitkan dengan jenayah ketiga yang berlaku pada Januari 2020, di mana seorang lagi mangsa dilaporkan diserang sebelum dipaksa mengeluarkan wang oleh ‘seorang lelaki yang baru  dikenalinya’.

Berdasarkan bukti forensik daripada mangsa jenayah pertama, siasatan lanjut termasuk rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan data telefon, Goodey disabitkan dengan ketiga-tiga insiden.

“Aaron Goodey merupakan seorang penjenayah serangan seksual yang berbahaya dan mengancam kaum lelaki di London.

“Tertuduh mempunyai akses untuk memasuki rumah-rumah mangsa sebelum menyerang mereka secara seksual serta mengancam menggunakan kekerasan untuk mendapatkan wang,” kata pegawai penyiasat, Detektif Superitendan Seb Adjei-Addoh.

Tertuduh didapati bersalah atas tiga kesalahan merogol, dua kesalahan merompak dan satu kesalahan peras ugut.

Mahkamah Wood Green menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun ke atas tertuduh pada Jumaat lepas. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI