fbpx

Pegawai AADK dituduh sebabkan kematian pemuda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Ilyas Syahmi dituduh menyebabkan kematian pemuda berusia 24 tahun di Mahkamah Majistret Yan, hari ini.

YAN – Seorang pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang pemuda berusia 24 tahun pada Julai lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Md. Ilyas Syahmi Ibnu, 34, selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Anis Suraya Ahmad.

Md. Ilyas Syahmi yang berasal dari Kamunting, Perak kelihatan tenang pada prosiding itu.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian Zahari Ayub di hadapan bangunan Pejabat Penguatkuasaan AADK Daerah Kuala Muda di Sungai Petani dekat sini kira-kira pukul 10.40 malam, 18 Julai lalu.

Pendakwaan dikendalikan Khairul Azreem Mamat dan Mohd. Farhan Aliff Ahmad dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 20 Oktober depan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen berkaitan serta laporan bedah siasat dan kimia. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI