fbpx

NSFC julang Piala Liga Premier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain NSFC meraikan kejuaraan Liga Premier bagi musim ini.

SEREMBAN – Negeri Sembilan FC (NSFC) berjaya menjulang Piala Liga Premier selepas berjaya mengutip tiga mata dalam perlawanan menentang PDRM FC malam tadi.

Perlawanan penting yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini itu pasukan NSFC menang 4-2.

Gol pertama berjaya dijaringkan Barathkumar Ramaloo pada minit ke-25.

NSFC dapat kedudukan selesa selepas pemain PDRM FC, Muhamad Eskandar Ismail menjaring kan bola ke gawang sendiri pada minit ke-38.

Pada minit ke-13, sepakan penjuru Ketua Pasukan NSFC, Zaquan Adha Abd. Razak pada minit ke-13 berjaya diselamatkan penjaga gol Muhamad Hamka Daud.

Namun cubaan pemain tengah NSFC, Beomgeun Bae melalui sepakan dari luar kotak penalti pada minit ke-20 tersasar ke luar gawang.

Separuh masa pertama tamat dengan ambahan masa dua minit.

Minit ke -51 pemain NSFC, Mohamad Zamri Ramli dilayangkan kad kuning kerana mengasari pemain lawan.

NSFC berjaya memperoleh gol ketiga yang dijaringkan Alain Thierry Akono Akono pada minit ke-60.

Tiga minit selepas itu gawang gol NSFC berjaya dibolosi PDRM FC yang dijaringkan oleh pemain tengah, Durrkeswaran Ganasan.

Pada minit ke-71, PDRM FC sekali lagi berjaya menerobos gawang NSFC melalui sepakan Muhammad Azrie Reza Zamri.

Empat minit selepas itu, pemain gantian NSFC, Muhammad Fahmi Faizal berjaya menjaringkan gol keempat untuk pasukan kendalian K. Devan itu. Perlawanan tamat selepas tambahan masa tiga minit. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI