fbpx

Minggu lepas naik darat, hari ini kena tangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seekor buaya sepanjang kira-kira lima meter berjaya ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Papar di Kampung Nagapas malam tadi. - Foto: IHSAN APM-

PAPAR – Sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ‘bertarung’ lebih sejam sebelum dapat menangkap seekor buaya seberat hampir 700 kilogram dalam kejadian di Kampung Nagapas di sini malam tadi.

Buaya sepanjang lima meter itu ditangkap dengan bantuan orang kampung pada pukul 7.30 malam.

Sebelum kejadian, buaya tersebut ditemui penduduk kira-kira 100 meter dari kawasan ia dilihat naik ke darat pada minggu lepas.

Penduduk yang panik kemudian menghubungi APM untuk mendapatkan bantuan bagi menangkap haiwan itu.

Salah seorang penduduk kampung, Richard Limbang, 52, berkata, awalnya penduduk kampung sukar untuk mendekati buaya berkenaan atas faktor keselamatan.

Bagaimanapun, Richard menyatakan sejurus anggota APM tiba di lokasi, penduduk kampung yang turut membawa peralatan seperti tali terus membantu untuk menjerat haiwan berkenaan.

“Usaha menangkap haiwan agak sukar berikutan buaya itu menjadi ganas selain memiliki saiz yang besar.

“Namun buaya berkenaan akhirnya berjaya ditangkap selepas lebih sejam ‘bertarung’ dengan pasukan APM dan penduduk kampung,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu, APM dalam satu kenyataan memaklumkan, sepasukan anggota APM Papar terus bergerak ke lokasi berkenaan untuk menangkap haiwan berkenaan sebaik menerima laporan mengenai kemunculan reptilia itu. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI