fbpx

Messi masih belum temui rentak di PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI (kiri) tidak berpuas hati apabila dikeluarkan sehingga dikatakan menolak untuk bersalam dengan Pochettino ketika PSG menewaskan Lyon 2-1 awal pagi semalam. – AFP

PARIS – Ketua Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino mempertahankan keputusannya untuk mengeluarkan pemain sensasi, Lionel Messi pada babak kedua selepas menyaksikan pasukannya melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas Olympique Lyon awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, Messi dilihat masih lagi bergelut dengan taktikal yang diterapkan oleh Pochettino selain belum serasi dengan barisan pemain sehingga dikeluarkan pada minit ke-75 untuk digantikan dengan pemain pertahanan, Achraf Hakimi.

Kata Pochettino, keputusannya untuk mengeluarkan Messi adalah disebabkan perubahan strategi yang dilakukan dalam usaha memburu tiga mata penuh memandangkan kedudukan ketika itu masih lagi terikat 1-1.

“Saya anggap ia bukanlah satu isu yang besar kerana kerana semua tahu PSG memiliki pasukan yang besar dengan 35 pemain dalam skuad utama yang juga perlukan minit permainan yang sama.

“Sudah tentu keputusan untuk mengeluarkan Messi merupakan pilihan dan risiko yang perlu saya lakukan kerana ketika itu kami terdesak untuk mencari gol kemenangan dan dalam masa yang sama perlu seimbangkan dalam aspek pertahanan.

“Apa yang penting, pasukan akhirnya berjaya meraih kemenangan menerusi jaringan minit-minit akhir yang dilakukan oleh seorang lagi pemain gantian, Mauro Icardi, manakala satu lagi gol dijaringkan Neymar dan saya sangat gembira kerana perubahan taktikal yang saya lakukan kali ini menjadi,” katanya.

Sebagai rekod, Messi sebelum ini telah dikritik hebat apabila gagal mempamerkan aksi yang diharapkan ketika diletakkan dalam kesebelasan utama ketika menyaksikan PSG seri 1-1 ketika bertemu pasukan kurang ternama, Club Brugge pada aksi Liga Juara-Juara minggu lepas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI