fbpx

Masih banyak nelayan dikesan guna bubu naga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrizan Rahman (kanan) memberi penerangan tentang rampasan 241 bubu naga yang dilakukan dalam operasi semalam kepada Abdul Yunus Jamahri (tengah) di Jeti Zon Maritim Kuala Kurau.

PARIT BUNTAR – Masih banyak nelayan di perairan Bagan Panchor, Pantai Remis dan Kuala Kurau dikesan menggunakan bubu naga walaupun ia merupakan satu kesalahan.

Sepanjang tahun ini sebanyak 500 set bubu naga dirampas Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Kurau dengan nilai dianggarkan kira-kira RM45,000.

Pengarah APMM Perak, Kepten Shahrizan Rahman berkata, operasi membanteras pengunaan bubu naga pula tidak diendahkan nelayan apabila masih mengunakan peralatan itu.

Menurut beliau, langkah lebih berkesan boleh diambil sekiranya APMM diberi kuasa bagi menangkap dan merampas peralatan itu di jeti -jeti nelayan.

“APMM hanya diberikan kuasa untuk membuat tangkapàn dan rampasan penggunaan bubu naga di laut sahaja.

“Kita ada memberi cadangan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk melaksanakannya dan APMM bekerjasama,” katanya pada sidang akhbar mengenai rampasan bubu naga di Jeti Zon Maritim Kuala Kurau dekat sini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Perak, Datuk Abdul Yunus Jamahri.

Dalam operasi semalam sebanyak 241 set bubu naga dirampas di perairan Kuala Kurau dengan rampasan RM 21,600 .

Sementara itu Abdul Yunus berkata, cadangan pengharaman penjualan bubu naga di premis -premis akan dibincangkan pada peringkat tertinggi kerajaan negeri.

Katanya, komuniti nelayan perlu memainkan peranan melaporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya menyedari terdapat aktiviti penggunaan bubu naga di kawasan perairan ini.

“Difahamkan bubù naga ini diharamkan ketika penggunaannya di laut tapi tidak ada satu undang-undang yang boleh menjalankan operasi tangkapan di darat.

“Perkara ini mungkin perlu melibatkan operasi secara bersepadu dengan pelagai agensi penguat kuasa termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI