fbpx

Lelaki sukar tidur ketika bulan mengambang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki paling sukar tidur ketika waktu bulan mengambang kerana otak sedang bertindak balas dengan cahaya bulan. – MailOnline

UPPSALA, SWEDEN – Satu kajian baharu mendapati bahawa fenomena bulan mengambang memberi kesan kepada masalah kesukaran tidur, terutamanya dalam kalangan lelaki, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kajian yang dijalankan kumpulan penyelidik dari Universiti Uppsala itu memantau tabiat tidur dalam kalangan lelaki dan wanita pada  waktu berbeza dalam satu kitaran lunar lengkap.

Lebih 800 peserta kajian dipantau ketika mereka tidur, sama ada pada waktu bulan mengambang atau bulan sabit.

Mereka  mendapati bahawa lelaki dan wanita paling sukar tidur ketika waktu bulan mengambang berbanding bulan sabit. Keadaan itu  bagaimanapun lebih kerap berlaku kepada  lelaki.

Hal ini kerana otak manusia bertindak balas terhadap cahaya bulan yang terang ketika waktu bulan mengambang,  menyebabkan kita berada dalam keadaan berjaga.

Keadaan ini lebih kerap berlaku dalam kalangan lelaki kerana otak mereka adalah lebih peka  terhadap persekitaran bercahaya, demikian menurut kajian sebelum ini.

“Hasil kajian ini sesuai untuk menyesuaikan diri dengan masalah tidur kronik dan apnea tidur yang teruk,” kata ketua penyelidik, Profesor Bersekutu Christian Benedict.

Dalam kajian tersebut, responden dibekalkan dengan peralatan polisomnografi yang mengukur gelombang otak, pernafasan, ketegangan otot, pergerakan, aktiviti jantung dan pelbagai lagi dalam setiap peringkat tidur. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI