fbpx

Lebih 100 guru antivaksin di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Fiah Md. Jamin, ketika melawat sekitar Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Dato' Bahaman, Kuala Pilah, hari ini.

KUALA PILAH – Lebih 100 guru di Negeri Sembilan menolak untuk menerima suntikan vaksin Covid-19.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Md Fiah Md Jamin berkata, jumlah berkenaan hanyalah mewakili peratusan kecil iaitu 1.08 peratus dari keseluruhan guru yang berkhidmat di negeri ini seramai lebih 17,000.

Menurutnya, sesi pertemuan telah diadakan di tempat kerja masing-masing membabitkan sesi bersama pengetua atau guru besar atau di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Masih ada (guru) belum mahu divaksin ataupun belum ada keyakinan. Kita doakan menjelang buka sekolah ini mereka terbuka hati untuk divaksinkan sekurang-kurangnya satu vaksin.

“Saya yakin dengan semangat keguruan mereka, keyakinan mereka sayang pada anak murid mereka, mereka mahu mengajar macam biasa, mereka akan ambil vaksin,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Murid Daerah Kuala Pilah di Dewan Dato’ Bahaman di sini, tadi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI