SKUAD Harimau Malaya berdepan laluan sukar pada kejohanan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2020 selepas diundi dalam Kumpulan B bersama-sama Vietnam, Indonesia, Laos dan Kemboja.
Keputusan tersebut menyaksikan perseteruan skuad kendalian Tan Cheng Hoe bersama-sama juara bertahan, Vietnam dan Indonesia berterusan pada kempen kejohanan bola sepak paling berprestij Asia Tenggara kali ini.
Sebagai rekod, kali terakhir skuad negara dipertemukan dengan kedua-dua musuh tradisi ini adalah pada kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berakhir Jun lalu.
Saingan Piala AFF Suzuki 2020 yang sepatutnya dilangsungkan pada tahun lalu telah ditangguhkan sebanyak dua kali sebelum tarikh baharu ditetapkan pada 5 Disember hingga 1 Januari depan.
Pasukan Vietnam merupakan juara bertahan selepas menewaskan Malaysia 3-2 dengan keputusan agregat pada saingan edisi 2018.
Undian pusingan peringkat kumpulan telah dilangsungkan di Singapura sebentar tadi.- K! ONLINE
INFO
KUMPULAN A
THAILAND
MYANMAR
FILIPINA
SINGAPURA
BRUNEI/TIMOR LESTE
KUMPULAN B
VIETNAM
MALAYSIA
INDONESIA
LAOS
KEMBOJA