PETALING JAYA – Kementerian Pengajian Tinggi akan memperkasakan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) supaya kelayakannya sama seperti lulusan akademik yang lain.
Menterinya, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, langkah itu diambil bagi mengelakkan TVET menjadi pilihan kedua oleh pelajar yang ingin melanjutkan pengajian.
Beliau berkata, dalam keadaan semasa, pelajar yang mengambil aliran TVET boleh menempatkan diri dalam sektor awam dan syarikat milik kerajaan (GLC), namun tertakluk kepada syarat ditetapkan sesebuah syarikat.
“Kelayakan aliran TVET boleh digunakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, tetapi laluan TVET sedang diperkukuh supaya sama dengan laluan akademik yang lain.
“Kami kementerian berusaha supaya TVET bukan pilihan kedua dipilih pelajar mendapat pekerjaan itu nanti,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan yang dikemukan Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sani yang meminta kerajaan menjelaskan usaha kerajaan supaya TVET menjadi pilihan perdana pelajar dan langkah untuk mengiktiraf pelatih-pelatih TVET yang ada. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929