fbpx

Kadar tempahan hotel cecah 80 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Sektor perhotelan di Kuala Selangor kembali bernafas apabila pe­ngunjung mula membuat tempahan bersempena cuti hujung minggu dan cuti umum baru-baru ini.

Kebenaran merentas daerah oleh kerajaan telah disambut baik orang ramai untuk bercuti dan membawa ahli keluarga bermalam di hotel sambil melawat beberapa kawasan popular di daerah tersebut.

Pengurus Operasi Hotel Sun Inns, Hoslamiza Shafawi berkata, lebih 80 peratus bilik hotel di Kuala Selangor dan Pasir Penambang telah mula dipenuhi sejak minggu pertama selepas kebenaran rentas daerah dilaksanakan.

“Ini adalah satu perkemba­ngan positif bagi kami setelah menghadapi saat genting untuk tempoh lebih setahun lalu,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Hoslamiza memberitahu, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sejak Mac tahun lalu, dua cawangan hotel Sun Inns mengalami kerugian ribuan ringgit setiap bulan ekoran beban tanggungan pelbagai kos operasi.

Bagaimanapun, syarikat tidak memberhentikan pekerja atau memotong gaji mereka.

“Sebagai fasa awal pembukaan sektor pelancongan, kami mengunjurkan perolehan adalah sekitar RM60,000 sebulan, diharapkan kerajaan tidak lagi menutup sektor ini sekiranya kes Covid-19 kembali meningkat,” jelasnya.

Harapan yang sama turut disuarakan oleh Pengurus Pemasaran Vi Boutique Hotel, Gan Wee Chang yang menghargai usaha kerajaan memberi pelbagai bantuan kepada pengusaha sektor pelancongan sepanjang pandemik itu.

Beliau mengunjurkan ­pres­tasi syarikat kembali stabil dalam tempoh tiga bulan akan datang.

“Sehingga kini, kami telah menerima sehingga 80 peratus tempahan untuk bilik hotel dan ini menunjukkan satu perkembangan yang baik,” jelasnya.

Pihak hotel sedia bekerjasama untuk mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI