fbpx

Juventus alami prestasi buruk sejak 1996

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORATA meledak gol buat Juventus, namun ia tidak cukup apabila mereka sekadar terikat 1-1 menentang Milan sekali gus hanya mengutip dua mata dari empat perlawanan. – AFP

TURIN – Ketua jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri mengambil tanggungjawab sepenuhnya selepas menyaksikan pasukan itu berada di zon penyingkiran Serie A buat kali pertama sejak 1996 selepas terikat 1-1 ketika bertemu seteru tradisi, AC Milan awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium Allianz itu, pasukan tuan rumah berjaya meraih gol awal menerusi Alvaro Morata tetapi Milan mengikat kedudukan hasil ledakan Ante Rebic sekali gus menyaksikan skuad The Old Lady meraih dua mata selepas mengharungi empat perlawanan.

Kata Allegri, apa yang dipamerkan oleh pasukannya sepanjang musim ini masih lagi berada di bawah tahap sebenar selain masih lagi belum memiliki mentaliti juara seperti yang dimahukan sehingga terjerumus di dasar liga di kedudukan ke-18 ketika ini.

“Saya sangat kecewa dengan apa yang dilihat pada perlawanan ini kerana kami telah meraih gol awal yang sepatutnya menaikkan semangat pasukan dalam usaha menambah jari­ngan tetapi sebaliknya berlaku apabila pasukan lebih berminat untuk bertahan.

“Situasi tersebut menyaksikan kami beraksi dalam tekanan sehingga pasukan lawan boleh meraih gol penyamaan. Mungkin saya juga melakukan ke­salahan dalam percaturan taktikal yang serba tidak menjadi dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya dengan keputusan ini,” katanya.

Sementara itu, pengendali AC Milan, Stefano Pioli meng­akui anak-anak buahnya sepatutnya boleh mengutip tiga mata penuh selepas mempamerkan corak permainan yang jauh lebih menarik dan agresif berbanding pasukan lawan.

“Juventus tidaklah seteruk yang disangka kerana masih memiliki pemain yang berkualiti seperti Paulo Dybala, Morata, Leandro Bonucci dan Giorgio Chiellini. Namun, pada aksi kali ini taktikal kami jauh lebih baik dan selayaknya meraih kemenangan walaupun saingan berakhir dengan keputusan seri,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI