fbpx

Jumpa bot sahaja, dua pemancing dikhuatiri lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat dua pemancing yang dikhuatiri lemas selepas hanya bot mangsa sahaja yang ditemui dalam kejadian di Jeti Mados, Kampung Air Putih, Kota Tinggi malam semalam.

KOTA TINGGI – Dua pemancing dikhuatiri lemas selepas hanya bot dinaiki sahaja yang ditemui di Jeti Mados, Kampung Air Putih di sini malam semalam.

Komander Operasi, Ketua Zon 2, Penguasa Bomba Al Hasra Mohamed berkata, pihak bomba menerima panggilan pada pukul 11.47 malam sebelum menghantar 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi ke lokasi.

“Makluman awal diterima mendapati kedua-dua mangsa dipercayai sedang memancing ketika kejadian dan dipercayai lemas selepas hanya bot mangsa sahaja ditemui.

“Mangsa dikenali sebagai Ramdan Sulaiman, 50 dan Amiruddin Abdul Malik, 53. Jarak bot dinaiki mangsa daripada jeti dianggarkan 400 meter dan keadaan air berkedalaman 15 meter.

“Ketika kejadian dimaklumkan cuaca baik. Pihak polis yang menerima maklumat awal kemudian telah memaklumkan kepada pihak bomba bagi membantu pencarian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Al Hasra berkata, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Johor juga telah berada di lokasi bagi menjalankan pencarian di lokasi tersebut.

Jelasnya, operasi pencarian melibatkan ‘surface searching’ yang turut dibantu pasukan Polis Marin masih dijalankan.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI