fbpx

Derita 16 tahun terlantar sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norma (kiri) menghidap penyakit misteri menyebabkan dia hanya mampu terlantar sejak 16 tahun lalu di rumahnya di Gua Musang.

GUA MUSANG – Seorang wanita kini hanya terlantar sejak 16 tahun lalu di atas tilam di rumahnya selepas menghidap penyakit misteri.

Norma Mohd. Nor, 31, yang tinggal di Felda Chiku 1 di sini juga tidak dapat tidur dan makan seperti insan lain.

Menurutnya, dia diserang penyakit misteri itu ketika belajar di tingkatan tiga selepas kerap pengsan dan terjatuh di sekolah.

Katanya, selepas kejadian itu, dia bukan sahaja tidak dapat berjalan dan tidur malah seluruh anggota badannya sering kepanasan serta sakit seperti dicucuk jarum.

“Pelbagai usaha dilakukan keluarga bagi mengubati penyakit ini termasuklah membawa ke hospital, malah berubat dengan kaedah perubatan Islam dan bomoh, namun tidak juga sembuh.

“Saya berusaha mengubati diri sendiri dengan banyak berzikir, membaca al-Quran dan selalu berdoa kepada Allah SWT memohon supaya penyakit misteri ini cepat sembuh,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Sementara itu, ibu Norma, Kamariah Yaacob, 64, berkata, ketika di bangku sekolah, anak kelapan daripada sembilan beradik itu aktif dalam bidang kokurikulum apabila menjadi pengawas dan bersukan.

Katanya, mereka sekeluarga sudah habis ikhtiar untuk me­ngubati penyakit anaknya dan kini hanya berserah kepada Allah SWT.

“Sepanjang Norma sakit, kami banyak mengeluarkan belanja bagi membayar lebih 40 bomoh untuk mengubatinya termasuk pergi ke Thailand.

“Kami juga pernah ke pusat perubatan Islam terkemuka tetapi tetap masih gagal menyembuhkan Norma,” katanya.

Tambahnya, Norma juga ha­nya boleh makan buah-buahan dan tidak dapat menelan makanan lain.

Orang ramai yang ingin membantu kepada Norma boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Hong Leong Bank abang Norma, Mohd. Azmi Mohd. Nor, 0345-0558-453 atau meng­hubunginya di talian 012-449 3532.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI