fbpx

DBKL terima 9,948 permohonan sewa PA, PPR sejak 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Projek Perumahan Rakyat (PPR).

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menerima 9,948 permohonan untuk menyewa unit Perumahan Awam dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) sejak tahun 2019 sehingga Ogos lalu.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,547 pemohon telah diluluskan.

Beliau berkata, seramai 627 pemohon telah ditawarkan unit PA dan PPR di bawah DBKL, manakala 920 pemohon yang lulus masih menunggu tawaran unit kosong.

“Antara sebab unit-unit kosong masih belum dapat diserahkan kepada 920 pemohon tersebut adalah kerana terdapat unit-unit yang sedang dibaik pulih.

“Selain itu, ada juga penyewa yang telah melepasi kadar kelayakan enggan keluar dan tiada projek baharu yang dibangunkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT),” katanya pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Setiawangsa, Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad berkaitan bilangan pemohon yang menunggu untuk mendapatkan unit PPR di Wilayah Persekutuan.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI