SHAH ALAM – Bapa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meninggal dunia hari ini.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Juwairiya Zukifli memaklumkan Allahyarham Shari Mokhsin meninggal dunia disebabkan komplikasi pernafasan.
“Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Kampung Parit Asam Kumbang, Benut, Pontian esok pagi, ” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Amirudin dalam ciapan twitternya memberitahu komunikasi terakhir dengan arwah ayahnya pukul 1.27 tengah hari tadi menerusi aplikasi WhatsApp.
“Pukul 5.30 petang dapat berita abah meninggal dunia. Sejak kanak-kanak, selalu saya terfikir bagaimana harus saya lalui bila orang yang hampir dan rapat meninggal dunia.
“Terimalah takdir bahawa mati itu pasti bagi yang hidup,” katanya. -K! ONLINE.