PETALING JAYA – Laman Instagram Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat didapati masih aktif biarpun dia sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September lalu.
Terkini pemilik akaun Instagram bernama nursajatgold02 itu dilihat memuat naik video Nur Sajat mempromosi bengkung sambil menari pada pukul 8 pagi semalam selain aktif memaparkan pelbagai lagi produk seperti pil penuaan kira-kira 13 jam lalu di Instagram Story.
Video yang berasal dari aplikasi TikTok sebelum dimuat naik semula di laman Instagram berkenaan menunjukkan Nur Sajat berada di sebuah rumah dipercayai kondominium yang menjadi tempat persembunyianyan di Thailand.
Bagaimanapun, ruangan komen platfom berkenaan sudah ditutup manakala nombor telefon yang dipaparkan di ruangan biografi tidak dapat dihubungi.
Tinjauan di platform TikTok nursajat23 mendapati, kali terakhir dia berkongsi beberapa video pada 7 September lalu namun kandungan di platform tersebut masih dihujani komen-komen dari netizen selain ditonton ratusan ribu kali.
“Bukankah sudah kena tangkap di Thailand,” soal @ejaa nana.
“Dengar kata sudah keluar dan ada penjamin,” balas @tietierahmat.
“Sajjad jaga diri di Thailand. Nanti ada masa balik ke Malaysia ya,” komen @nana nur.
“Bakat terpendam. Lain kali pendam saja okey,” kata @abcdefg.
Semalam, Polis Diraja Malaysia mengesahkan Muhammad Sajjad ditangkap pihak imigresen Thailand, pada pukul 6 petang 8 September lalu .
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, usahawan kosmetik itu ditahan atas kesalahan memiliki pasport yang tidak sah. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929