PETALING JAYA – Selebriti popular, Ayda Jebat selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pukul 7.07 malam tadi.
Perkara tersebut diberitahu suami Ayda iaitu Nabil Mahir kepada media.
Nabil atau nama lengkapnya, Ahmad Nabil Ahmad Mahir, 33, dia bersyukur apabila proses pembedahan bagi melahirkan bayi sulung berjalan lancar.
“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ayda selamat melahirkan anak pukul 7.07 malam seberat 2.77 kilogram,” katanya.
Petang tadi, Kosmo! Online melaporkan Ayda yang cukup dikenali menerusi lagu Parah Parah bakal bayi sulungnya secara pembedahan seminggu lebih awal dari tarikh yang dirancang.
“Assalamualaikum semua. Insya-Allah ‘baby wuvv’ (gelaran bayinya) akan keluar petang ini. Seminggu awal dari tarikh yang dirancang.
“Mohon maaf kalau ada salah dan silap. Doakan saya dan bayi sihat serta selamat. Amin,” tulisnya.
Ayda, 29, mendirikan rumah tangga dengan Nabil pada 1 Januari lalu selepas mengikat pertunangan secara dalam talian pada 28 April tahun lalu ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). – K! ONLINE