fbpx

Adik Ezad Lazim meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EZAD bersama adiknya, Mohd. Rizal yang meninggal dunia petang tadi.

PETALING JAYA – Selepas pemergian bapa pada 2019 dan ibu pada Ogos tahun lalu, penyanyi Ezad Lazim kini berdepan satu lagi kehilangan apabila adik bongsunya, Mohd. Rizal meninggal dunia petang tadi.

Menurut Ezad, Rizal menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.15 petang tadi akibat jangkitan kuman dalam darah.

Sebelum ini penyanyi itu pernah memaklumkan adiknya dimasukkan ke hospital selepas mengalami demam berpanjangan selama sebulan.

Allahyarham yang berusia 35 tahun kemudian dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah berada dalam kritikal hingga terpaksa ditidurkan sejak 18 September lalu.

Selepas disahkan meninggal dunia, jenazah arwah perlu menjalani pemeriksaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sebelum dibenarkan dibawa pulang.

“Jika tiada jangkitan, kami akan dibenarkan membawa jenazah. Insya-Allah, jenazah arwah akan dikebumikan pagi esok,” ujar Ezad yang terkilan tidak dapat bertemu arwah adiknya walaupun sudah pulang ke kampung halamannya di Alor Setar. Kedah sejak malam tadi.

Kata Ezad, Allahyarham Mohd Rizal yang masih bujang bekerja dan bekerja sebagai pegawai pusat kebudayaan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah itu telah banyak berkorban demi keluarga, terutama menjaga ibunya di kampun setelah kematian bapa. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI