fbpx

6,574 pelajar tingkatan 4, 5 layak terima vaksin di Kluang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAMALUDIN A. HAMID Jamaludin A Hamid (berdiri tengah) melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di SMK Sultan Abdul Jalil, Kluang, Johor. - Foto: RAHMAT

KLUANG – Seramai 6,574 pelajar sekolah berusia 16 dan 17 tahun di daerah ini layak bagi menyertai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Pegawai Daerah Kluang merangkap Pengerusi Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) daerah Kluang, Jamaludin A. Hamid berkata, pelajar daripada 33 sekolah itu akan menerima suntikan di enam dewan serbaguna sekolah yang dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Katanya, pelajar yang sihat diminta hadir ditemani ibu bapa atau penjaga masing-masing ke PPV berkenaan selain pihaknya juga sudah bersedia melakukan program outreach terhadap pelajar yang menghadapi masalah kesihatan.

“Proses suntikan berkenaan berlangsung secara berperingkat bermula hari ini sehingga 1 Oktober ini dan ibu bapa atau penjaga pelajar akan dimaklumkan mengenai temujanji anak mereka sekurang-kurang sehari sebelum suntikan.

“Minggu lepas kita sudah bermesyuarat bersama Pejabat Pendidikan dan Kesihatan Daerah untuk pelaksanaan vaksinisasi remaja untuk umur 12 hingga 17 yahun dan kalau kita lihat keputusan kerajaan, buat permulaan untuk umur 16 dan 17 tahun.

“Juga pada remaja terutama yang mengalami masalah kesihatan, untuk Kluang, pelajar tingkatan 4 dan 5 termasuk kumpulan pendidikan khas kategori lembam dan sebagainya, bermula 20 September sehingga 1 Oktober ini,” katanya ketika ditemui di Pejabat Daerah Kluang di sini semalam.

Beliau berkata, bagi mereka yang berusia 16 dan 17 serta sudah tidak bersekolah atau sudah bekerja, mereka boleh mendapatkan suntikan vaksin di lapan klinik kesihatan di sekitar daerah ini.

“Mereka juga perlu membawa ibu bapa atau penjaga selain menandatangani borang kebenaran menerima suntikan sama seperti orang lain,” katanya.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI