SEBERANG PERAI – Sebanyak 40 projek inovasi meraih Anugerah Emas dalam Regional Innovation Showcase on Team Excellence (RISTEx) 2021 Wilayah Utara yang dianjurkan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara.
Keputusan itu diumumkan pada Majlis Perasmian Penutupan dan Penganugerahan RISTEx secara online hari ini.
Pengarah MPC Wilayah Utara, Dr. Mazrina Mohamed Ibramsah berkata, RISTEx 2021 merupakan platform terbaik bagi sektor awam dan swasta untuk berkongsi projek inovasi serta amalan terbaik organisasi.
Menurut beliau, kesemua 40 projek inovasi yang menyertai RISTEx 2021 menggunakan pelbagai kaedah kualiti dan inovasi berimpak tinggi bagi merancakkan usaha perniagaan dan perkhidmatan.
“Amalan terbaik yang dilaksanakan oleh setiap organisasi ini diiktiraf serta menjadi dorongan untuk peserta bertanding di persada antarabangsa.
“Kumpulan inovasi dari Telekom Malaysia Kuala Lumpur dan Projek Lebuh Raya Usahasama Berhad turut memenangi Anugerah Video Terbaik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kumpulan pemenang tersebut turut berpeluang menyertai Annual Productivity & Innovation Showcase iaitu platfom bagi mempamerkan projek inovasi dan amalan terbaik peringkat kebangsaan pada November.
Seterusnya berpeluang menyertai konvensyen peringkat antarabangsa di International Convention on Quality Control Circles di India secara dalam talian. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929